LET’S FIT PROGRAM
PENERANGAN
Program ini direka untuk membantu individu mengurus berat badan secara selamat dan berperingkat, di bawah pemantauan doktor bertauliah. Pendekatan kami menumpukan kepada kesihatan keseluruhan, bukan sekadar penurunan berat badan semata-mata.
Setiap pesakit akan menjalani penilaian kesihatan terlebih dahulu bagi menentukan rawatan yang paling sesuai mengikut keperluan dan keadaan individu.
Apa Yang Termasuk Dalam Program Ini?
Konsultasi dan penilaian kesihatan oleh doktor
Perbincangan pelan rawatan yang sesuai
Pemantauan berkala dan nasihat kesihatan
Pendekatan selamat dan beretika
Rawatan Ubat Berasaskan Preskripsi
Mounjaro / Rybelsus / Ozempic
Ubat-ubatan seperti Mounjaro, Rybelsus dan Ozempic digunakan dalam bidang perubatan untuk membantu kawalan berat badan dan metabolik, bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit.
Diberikan hanya selepas konsultasi doktor
Berdasarkan indikasi perubatan yang sesuai
Di bawah pemantauan dan nasihat profesional kesihatan
Tidak semua individu sesuai untuk rawatan ini. Keputusan rawatan adalah tertakluk kepada penilaian doktor